Saturday, November 13, 2010

Pusat Tuisyen Oleh Abrar Akademi Tahun 2011.

Abrar Akademi akan menyediakan Pakej Tuisyen yang unik dan menarik untuk keperluan para pelajar muslim khususnya. Pakej yang ditawarkan bukan saja menyediakan matapelajaran akademik sahaja bahkan pusat ini menawarkan subjek dinniyah yang merangkumi matapelajaran Bahasa Arab, Nahu, Tafsir, Saraf, Hadis, I'qrobul Quran dan Hafazan (Tahfiz). Bagi ibubapa yang bekerja pula boleh mendaftarkan anak-anak mereka di Abrar Akademi yang mana anak-anak selepas waktu persekolahan (Rendah & Menegah) akan medapatkan pemantauan sepanjang berada di Abrar Akademi sehingga dijemput oleh ibubapa selepas waktu bekerja. Kami juga menawarkan program Bijak Jawi bagi anak-anak yang masih belum tahu menulis dan membaca jawi pada hujung minggu. Tenaga Pengajar di Abrar Akademi mempunyai kelulusan Universiti dari dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan dan dibantu oleh guru-guru yang berpengalaman.

Untuk keterangan lanjut hubungi : 
Abrar Akademi 
21-01(A), Jalan Impian 2, 
Taman Impian Skudai, 81300
Skudai, Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim. 
Tel : 019-743 4742 atau 019- 728 4436 atau 
email sebarang pertanyaan anda di : abrarakademi@gmail.com. 
Fax : 07 5566 370.

Monday, November 8, 2010

KEM TAHFIZ CUTI SEKOLAH 2010 @ UTM SKUDAI

Sempena cuti sekolah, Abrar Akademi akan menganjurkan Kem tahfiz, Pemantapan Solat dan Sahsiah Muslim bermula 27 November 2010 hingga 5 Disember 2010, bertempat di UTM Skudai. Program ini terbuka kepada kanak-kanak berusia 10 tahun hingga remaja berusia 17 tahun. Kem ini bertujuan melahirkan generasi huffaz dan memupuk sikap cintakan Bahasa Arab. LDk dan aktiviti yang dijalankan mendedahkan kepada para peserta bagi membentuk jatidiri pelajar sebagai seorang muslim sejati. Kaedah hafazan(tahfiz) yang dilaksanakan sepanjang kem ini berlangsung dapat membantu para peserta supaya hafazan yang dihafaz kekal di ingatan. Untuk makluman lanjut sila hubungi Abrar Akademi di talian 019-743 4742 atau 019- 728 4436, email : abrarakademi@gmail.com. Fax : 07 5566 370.