Monday, November 8, 2010

KEM TAHFIZ CUTI SEKOLAH 2010 @ UTM SKUDAI

Sempena cuti sekolah, Abrar Akademi akan menganjurkan Kem tahfiz, Pemantapan Solat dan Sahsiah Muslim bermula 27 November 2010 hingga 5 Disember 2010, bertempat di UTM Skudai. Program ini terbuka kepada kanak-kanak berusia 10 tahun hingga remaja berusia 17 tahun. Kem ini bertujuan melahirkan generasi huffaz dan memupuk sikap cintakan Bahasa Arab. LDk dan aktiviti yang dijalankan mendedahkan kepada para peserta bagi membentuk jatidiri pelajar sebagai seorang muslim sejati. Kaedah hafazan(tahfiz) yang dilaksanakan sepanjang kem ini berlangsung dapat membantu para peserta supaya hafazan yang dihafaz kekal di ingatan. Untuk makluman lanjut sila hubungi Abrar Akademi di talian 019-743 4742 atau 019- 728 4436, email : abrarakademi@gmail.com. Fax : 07 5566 370.

No comments:

Post a Comment